Hari pertama di SMV Kluang

3 Jun

Peristiwa : Pendaftaran

Tarikh : 3 Jun 2010

Masa : 2.00 petang – 7.00 malam

Tempat : Bilik Urusetia, Blok Asrama Lelaki, SMV Kluang

Keputusan : –

Laporan :

Sebanyak 10 kontinjen KAT Kebangsaan yang terdiri daripada pasukan sofbol dan sepaktakraw dijangkakan tiba di SMV Kluang sempena Kejohanan Antara Teknik/Vokasional ke-13 peringkat Kebangsaan.

Sehingga jam 6.30 petang, sebanyak 7 kontinjen telah mengesahkan kehadiran dan tiba di sini. Setiap kontinjen menghantar peserta sebanyak 13 orang untuk pertandingan sofbol dan 8 orang bagi sepak takraw. Peserta sofbol setiap kontinjen diiringi oleh 2 orang pegawai. Manakala peserta sepak takraw pula diiringi dengan jurulatih dan pengurus masing-masing 2 orang.  Setakat laporan ini ditulis, hanya kontinjen negeri Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang yang masih belum tiba.

Yang pasti, setiap kontinjen meletakkan sasaran untuk memenangi pingat emas bagi acara sofbol (P) dan sepak takraw yang dipertandingkan di sini.

Hal-hal lain : Pada sebelah malam ini, taklimat kontinjen, peserta dan pengadilan akan diadakan. Para kontinjen nampaknya tidak sabar-sabar lagi menunggu hari kejohanan yang akan bermula esok.

Pelapor :        En Mohd Rizal bin Ahmad, En Kuan Yik Hai

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: