Berakhirnya KAT Kebangsaan 2010 di SMV Batu Pahat

6 Jun

YB Datuk Ir Wee Ka Siong dan Tn. Haji Ahmad Tajudin Bin Jab semasa perasmian penutupan

Wow, what a feeling...from Sabah team..

Pasukan Selangor/WPKL juara keseluruhan KAT Kebangsaan 2010. Tahniah!

Naib juara sepak takraw (Johor B) sedang menerima hadiah.

Perbarisan kontigen-kontigen semasa penyampaian hadiah

 

Setelah 4 hari 3 malam, pertandingan KAT Kebangsaan 2010 di SMV Batu Pahat, SMV Kluang dan SMV Muar melabuhkan tirai penutup dengan rasminya oleh YB Ir Datuk Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran.

Kepada semua JK KAT Kebangsaan di SMV Batu Pahat, SMV Kluang dan SMV Muar sebagai tuan rumah dan tidak lupa JK KAT dari Zon Johor yang turut membantu, tahniah diucapkan kerana telah berjaya menganjurkan KAT Kebangsaan 2010 dengan cemerlang.

Kepada semua kontijen dari semua negeri kami doakan semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing  bersama sejuta kenangan manis sepanjang berada di Negeri Johor Darul Ta’zim ini.

Akhir sekali, saya  ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat-sahabat saya JK Buletin dari SMV Segamat, En Norhisham Bin Mustapha, En Sing Kock Beng dan En Hairul Amir Bin Ahmad, dari SMV Batu Pahat, En Mohd Ali Bin Subari, dari SMV Kluang, En Mohd Rizal Bin Ahmad dan En Kuan Yik Hai, dan dari SMV Muar, En Ismail Bin Mustaffa dan En Ahmad Faisal Bin Mokhtar termasuk mereka yang terlibat memberikan maklumat secara langsung dan tidak langsung bekerja sepanjang masa siang dan malam bagi memastikan buletin ini dapat memberikan informasi terkini kepada semua yang menjayakan KAT Kebangsaan 2010 ini.

Terima kasih semua SMT dan SMV, we are the best forever.

Jumpa lagi pada tahun hadapan. Sekian.

Keputusan Akhir Bola Sepak

6 Jun

Yes... we are the best...

Kita kena attack habis-habisan...

Perlawanan akhir bola sepak  antara pasukan Pulau Pinang dan Selangor/WPKL menyaksikan perlawanan seri 1-1. Penentuan melalui sepakan penalti diadakan dan kemenangan berpihak kepada pasukan Pulau Pinang dengan mata 5-4. Pasukan Selangor/WPKL diharap dapat menerima kekalahan dan teruskan perjuangan pada tahun hadapan.

 

KEPUTUSAN AKHIR BOLA SEPAK

JUARA:      PULAU PINANG

NAIB JUARA:      SELANGOR/WILAYAH PERSEKUTUAN

KETIGA:     PAHANG

KEEMPAT:     PERAK

 

TAHNIAH DAN JUMPA LAGI TAHUN DEPAN.

 

Nama pelapor : En Mohd Ali Subari

Keputusan Rekacipta dan Inovasi

6 Jun

 

Keputusan rasmi telah diumumkan di mana  SMT Kuala Lumpur telah berjaya mendapat tempat pertama dengan hasil ciptaan mereka iaitu ‘INTEGRATION OF SYSTEM IN MOTORCYCLE’

KEPUTUSAN AKHIR REKACIPTA DAN INOVASI

JUARA:

SMT Kuala Lumpur


Projek: INTEGRATION OF SYSTEM IN MOTORCYCLE

 

NAIB JUARA:

SMT Tunku Abd Rahman Putera Pulau Pinang

Projek: NAIL PLUNGER

 

KETIGA:

SMV Kajang, Selangor.

Projek: SmaFet

 

KEEMPAT:

SMT Pertanian Teluk Intan, Perak

Projek: BIO FERT

 

‘Nail Plunger’ daripada SMT Tunku Abd Rahman Putera Pulau Pinang berjaya meraih tempat ke-2 dalam pertandingan rekacipta.

Tahniah kepada pemenang dan kepada peserta diharap dapat menghasilkan lagi rekaan-rekaan yang dapat memudahkan lagi kehidupan kita untuk masa depan.

 

Selamat Maju Jaya dan jumpa lagi.

 

Keputusan bola sepak pagi Ahad

6 Jun

Perlawanan bola sepak untuk merebut tempat ke-3 dan ke-4 telah diadakan pada sebelah pagi Ahad. Pasukan Pahang telah berjaya menundukkan pasukan Perak dengan kemenangan tipis iaitu 2 – 1. Berikut ialah keputusan perlawanan.

Tempat Ketiga:     Pahang

Tempat Keempat:     Perak

Tahniah kepada semua pemain.

Negeri Sembilan/Melaka juara bola jaring

6 Jun

Memang hebat...

 

Perlawanan akhir bola jaring telah diadakan pagi Ahad dan pasukan Negeri Sembilan/Melaka berjaya mengalahkan pasukan Pulau Pinang dengan skor 46 – 37. Sebelum itu juga berlangsungnya perlawanan berebut tempat ke-3 dan ke-4. SMT Perdagangan Johor Bahru telah dikalahkan oleh SMT Kuala Lumpur dengan skor 31 – 38.  

 

KEPUTUSAN AKHIR BOLA JARING

JUARA:     NEGERI SEMBILAN / MELAKA

NAIB JUARA:     PULAU PINANG

KETIGA:     SELANGOR / WP KUALA LUMPUR

KEEMPAT:     JOHOR

 

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA PASUKAN

Congratulations Selangor/WPKL…

6 Jun

 

Debaters from SMT KL

Best speaker from Sarawak

FINAL RESULTS

 

LOSER POOL :  KEDAH/PERLIS VS SABAH

 WINNER :        KEDAH

Best Speaker     : SITI AISYAH BINTI ABDULLAH (KEDAH)

 

 WINNER POOL :  SARAWAK VS SELANGOR /WPKL

 WINNER   :   SELANGOR/WP KLUMPUR

Best Speaker     : CHRYL A/K DAVID C’SWAH (SARAWAK)

 

OVERALL RESULTS

WINNER:     SELANGOR / WPKL

2ND PLACE:     SARAWAK

3RD PLACE:     KEDAH/PERLIS

4TH PLACE:     SABAH

 

CONGRATULATIONS  AND SEE YOU AGAIN NEXT YEAR !

 

 

 

Pasukan Kelantan/Terengganu Johan Ragbi KAT 2010

6 Jun

Kami juara...kami juara...

 

21 6.06. 2010

AHAD

8.30 AM PAHANG 0 LWN SABAH  12
22 9.00 AM NS / MEL 0 LWN KEL/T’GANU 5

Tahniah kepada pasukan Kelantan/Terengganu yang berjaya menjadi johan pada tahun ini. Perlawanan yang sengit menyaksikan kemenangan tipis pasukan Kelantan/Terengganu dengan 5 mata berbalas 0.

Kekecewaan pasukan Negeri Sembilan/Melaka jelas terpancar. Adat permainan, ada menang ada yang kalah.

Kepada pasukan Negeri Sembilan/Melaka jangan kecewa dan cuba lagi tahun hadapan.

 

KEPUTUSAN AKHIR

JOHAN:                  KELANTAN / TRENGGANU 

NAIB JOHAN:                      N SEMBILAN / MELAKA

TEMPAT KETIGA:               SABAH 

TEMPAT KEEMPAT:          PAHANG

 

TAHNIAH DAN SYABAS, JUMPA LAGI TAHUN DEPAN.

 

Pelapor : En Ismail Bin Mustaffa dari SMV Muar

Ralat : Keputusan takraw 3/4 dalam edaran pamplet…

6 Jun

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berlaku kesilapan keputusan perlawanan sepak takraw tempat 3 dan 4 dalam edaran pamplet buletin pagi ini.

Keputusan sebenar Perak B tewas kepada Kedah/Perlis A dengan mata 0 berbalas 2.

Kesilapan amat dikesali. Harap maklum.

Daripada team JK Buletin.

Lawatan oleh Pengarah BPTV di SMV Batu Pahat

5 Jun

Melihat dengan penuh minat paparan penerangan rekacipta daripada bahan multimedia.

 Keluar dari dewan Sri Banang menuju ke tempat rekacipta SMT Perdagangan Johor Bahru, Johor.

Melihat rekacipta SMT Perdagangan iaitu ‘Sun Protec’ yang digunakan sebagai pemantul haba dari panahan matahari dan udara panas persekitaran.

Gembira dengan hasil reka cipta pelajar.

 

Pelapor : En Mohd Ali Subari

Penentuan Johan bola sepak pada petang esok …

5 Jun

Pasukan manakah yang akan berjaya menjadi johan bola sepak pada tahun ini?

Segala-galanya akan terjawab pada hari esok.

PERLAWANAN TEMPAT KE 3 & KE 4

8.00 am  9.00 am (21) PERAK DARUL RIDZWAN

VS

PAHANG  DARUL MAKMUR SMVBP

 

PERLAWANAN AKHIR

2.30 pm –    3.30 pm (22) PULAU PINANG VS SELANGOR / WILAYAH PERSEKUTUAN SMVBP